Thursday, 24 May 2012

Jangan Sangka Diri Kamu Hebat


waktu subuh adalah waktu paling susah untuk kita.
waktu paling seronok untuk kita dibuai mimpi.
sekuat mana seseorang itu.
belum tentu mereka mampu untuk melawan jiwa sendiri untuk bangun di pagi hari.
sehebat mana seseorang belum tentu mereka mampu melawan mata dari terpejam di pagi hari.


solat subuh.
satu cabaran yg besar.
pernah satu ketika dahulu.
jika jemaah solat subuh di pagi hari bersamaan dengan jemaah ketika sembahyang jumaat.
maka, ini bererti umat islam sudah kuat.
sudah mampu melawan musuh tidak kira waktu.


bangun di subuh hari bererti kita melawan diri sendiri.
jika diri sendiri kita tak mampu untuk berlawan.
apa kan lagi dengan orang lain yg ingin menindas kita.


sama-sama kita fikir.
sejauh mana kekuatan kita.
jangan sangka diri kita sudah hebat.